Hot FM

Selaras seragam sekolah belum muktamad, kata Azam


pelajar sekolah menengah
Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad berkata cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad.

Azam berkata susulan itu tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.

Beliau berkata keputusan akhir mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.

“Kementerian Pendidikan memberi jaminan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Katanya, cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Selain itu, beliau berkata cadangan itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version