Tambah Zulkifli, khidmat dua ekor anjing tersebut pada asalnya ingin digunakan pada petang semalam namun tidak dapat diteruskan kerana tiba lewat.
“Mengikut perancangan asal, kita menggunakan khidmat anjing berkenaan petang semalam namun disebabkan tiba lewat, hari ini baru anjing berkenaan akan dibawa ke lokasi kejadian,” katanya.
Zulkifli turut memberitahu bantuan daripada orang awam dalam operasi mencari dan menyelamat menjadikan tiada pertambahan keanggotaan petugas buat masa ini.
“Kita berharap operasi hari ini dipermudahkan dan ada petunjuk positif,” katanya.
