Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri Nurulain Md Yusof bakal menimang cahaya mata sulung.
Bakal diserikan dengan kehadiran bayi perempuan, isteri Sufi dijangka akan melahirkan puteri sulung mereka pada November ini.
“Alhamdulillah dengan rezeki Allah ini dan hadir ketika kami sudah betul bersedia terutamanya dari faktor kewangan dan ekonomi.
“Lebih istimewa, ini adalah bayi “Made in London” ketika kami bercuti di Eropah dan saat itu, saya beritahu Ain saya sudah bersedia,” katanya.
Dalakm pada itu, Ain turut bersyukur dengan rezeki berkenaan dan mengaku sudah bersedia bergelar ibu.
“Syukur sangat dan betullah kata orang, anak itu membawa rezeki dan kami dikurniakan rezeki ketika kami sudah betul-betul bersedia.
“Kalau nak tahu yang banyak mengidam sebenarnya. Sufi juga cranky sebaik saya hamil. Dia juga teruja bila setiap malam akan ambil baju baby dan susun serta tenung sambil senyum-senyum,” kongsinya.

Tambah Sufi, sebagai ibu hamil, isterinya itu turut mengidam sesuatu yang berbeza.
“Kalau nak tahu, kami bakal terbang ke Jerman untuk menonton konsert Adele yang berlangsung di sana kerana mahu melunaskan hasrat ibu mengandung yang mengidam,” katanya.
Sementara itu, pelantun lagu Aku Sanggup ini mendedahkan bayi mereka bakal dilahirkan pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor.
Sufi juga berjanji untuk menjadi bapa yang baik serta memberikan contoh buat puteri sulungnya itu.
“Saya juga bercadang untuk bercuti selama setahun selepas bayi lahir nanti untuk sama-sama menjaga anak saya,” katanya.
Terdahulu, Sufi dan Ain mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.