Malah, seekor lagi bangkai kucing ditemukan berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan semalam. Bukan itu saja, terbaru seekor anjing turut dilaporkan mati dengan diperlakukan jenayah sama.
Perkara itu dimaklumkan Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) menerusi satu kenyataan.
Menurutnya, penemuan itu dimaklumkan kepada Pejabat Keselamatan sebelum laporan polis dibuat.
“Saya sudah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan ke Kampus.
“Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
“Masih dalam proses siasatan awal,” katanya kepada sumber.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai penemuan dua haiwan iaitu kucing dan anjing yang dipercayai dibunuh dengan cara sama iaitu perut dibelah serta usus dikeluarkan.
Menerusi hantaran di media sosial, dianggarkan ada…
