Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selepas 80 kes babit 155 jongkong emas, bekas pegawai bank didakwa lagi

today26 April 2024

Background


Mohd Saibulrijal Mohd Saad ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai bank yang didakwa atas 80 kes membabitkan 155 jongkong emas pelanggan lebih RM6 juta bulan lalu, dihadapkan ke mahkamah lagi hari ini atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen pada 2019 dan 2021.

Sinar Harian melaporkan Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azrul Darus.

Lelaki itu didakwa menggunakan dua dokumen “Gold Safe Keeping Service Withdrawal Form” dan satu “Letter of indemnity” sebagai tulen, sedangkan dia tahu ia palsu di sebuah bank di Brickfields pada 15 Okt 2019 dan 13 Jan 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norfauzani Mohd Nordin mencadangkan mahkamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Penyokong Arsenal risau, pegawai VAR pro Liverpool

London: Penyokong Arsenal menyuarakan kebimbangan mereka mengenai PGMOL (Professional Game Match Officials Limited) di media sosial selepas tidak puas hati dengan pemilihan pengadil dalam perlawanan wajib menang ketika menentang Tottenham Ahad ini.

today26 April 2024