Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Selepas Alami 2 Kali Keguguran, Fida Ibrahim Mengandung 6 Bulan

today7 November 2023

Background

Impian bergelar seorang ibu bakal jadi kenyataan apabila pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim kini berbadan dua selepas dua kali keguguran.

Rafidah atau mesra dengan panggilan Fida itu berkongsi hasratnya bergelar ibu bakal menjadi kenyataan apabila dia kini hamil 25 minggu atau enam bulan.

“Alhamdulillah, saya sekarang hamil 25 minggu atau enam bulan. Syukur ke hadrat Allah, di atas segala nikmat ini selepas pernah mengalami dua kali keguguran.

“Teringat tahun lepas dan 2 tahun lepas, masa saya 2 kali mengalami keguguran, ramai sangat yg mendoakan dan bagi kata-kata semangat pada saya.

“Semoga setiap doa kebaikan daripada kalian semua berpatah balik pada kalian dan mudah-mudahan lebih baik lagi.

“Dalam masa saya gembira dengan menantikan bakal kelahiran anak dalam kandungan ini, saya tahu, kelahirannya pada tahun hadapan sangat la mencabar kerana mengikut sirah tahun depan merupakan genap 100 tahun kejatuhan empayar Islam,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam masa sama, Fida berharap anak-anak kini membesar dengan didikan agama yang lengkap dan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.

“Semoga anak kita semua membesar dalam suasana Islam yang jauh dari lingkungan sekularisme & liberalisme serta sentiasa di bawah lindungan & rahmat Allah S.W.T.

“Mudah-mudahan kita juga tergolong dalam golongan manusia yang taat pada perintah Allah dan sangat mencintai Baginda Rasullullah S.A.W,” harapnya.

Untuk info, Fida sah menjadi suri hati kepada Shahzemir yang juga pengurusnya pada 6 Mei 2021 selepas 17 tahun berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN:Β β€œJanin Keluar Atas Tapak Tangan, Rasa Pergerakan Sebelum Tali Pusat Dipotong..” Rafidah Ibrahim Keguguran

Written by: Aqilah


Previous post