Hot FM

Selepas Bersatu, Pemuda Umno pula gesa tubuh RCI siasat skandal LCS



Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan perlu segera menubuhkan RCI bagi menyiasat isu LCS secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS) secara menyeluruh.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata penubuhan RCI itu bagi membentuk satu titik noktah yang berautoriti agar tentera laut dapat mencapai objektif asal kepada perolehan berkenaan seterusnya menjamin keupayaan pertahanan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

“Malah, kepimpinan Umno yang berada dalam kerajaan sebelum dan ketika ini juga mahukan agar siasatan dan tindakan menyeluruh terhadap laporan audit yang dikeluarkan PAC dapat dilakukan segera.

“Justeru, Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat isu ini secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version