
PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin kini mengintai peluang menyertai Amanah selepas hasratnya menganggotai PKR menerima pelbagai reaksi ahli parti itu.
Beliau mendakwa menerima maklum balas daripada akar umbi di Padang Besar yang menyarankannya menyertai Amanah bagi membantu penduduk setempat, khasnya berkaitan pertanian memandangkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu merupakan menteri pertanian dan keterjaminan makanan.
“Kita tengah tunggu idea daripada akar umbi sebelum disampaikan kepada pihak di atas (PH) dan kepimpinan Amanah, malah hari ini 150 orang hadir untuk menyertai PH, sama ada PKR atau Amanah.
“Namun, saya lebih condong penyertaan kepada Amanah, malah (pemangku) Setiausaha Amanah Padang Besar (Mat Safar Saad) turut hadir dalam majlis hari ini,” katanya menurut Harian…