Bekas perdana menteri itu berkata, Putra menghantar jemputan kepada beliau untuk sertai parti itu hari ini.

PUTRAJAYA: Selepas mengumumkan keluar Pejuang, Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan akan menyertai Putra pimpinan Ibrahim Ali.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian selepas Putra hari ini menghantar jemputan kepada beliau untuk menyertai parti itu.
“Saya tidak nampak sebab saya tidak boleh terima parti ini. Saya juga akan memikirkan dan pertimbang cadangan ini,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana yang turut disertai kepimpinan Putra yang turut dihadiri Ibrahim.
Dalam perkembangan sama, Mahathir mengulangi pendiriannya sebelum ini di mana beliau tidak bersetuju dengan keputusan Pejuang yang diterajui anaknya, Mukhriz keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA).
Beliau juga hairan mengapa Pejuang sanggup…