Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Selepas Lama Tertangguh, Keputusan Representasi Kes Awal Ashaari Bakal Diketahui 26 Januari Ini

today28 December 2022

Background

Pengacara popular, Awal Ashaari akan dihadapkan ke mahkamah bagi sebutan kes untuk mengetahui keputusan representasi yang telah ditetapkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 26 Januari depan.

Memetik laporan Berita Harian, peguam bela Awal, Datuk M Reza Hassan memberitahu pihaknya memfailkan representasi kepada pendakwaan bagi membatalkan pertuduhan pengacara itu merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan di Damansara, Petaling Jaya.

“Saya tidak ingat bila failkan representasi itu tetapi ia sudah lama dibuat. Sepatutnya jawapan representasi itu diketahui pada dua tarikh sebutan kes sebelum ini namun ditangguhkan.

“Ia berikutan beberapa isu seperti dokumen tidak siap dan mahkamah mempunyai masalah penghawa dingin,” katanya.

Pada 17 Mei lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu ‘Khianat’ – “Terlupa Bayar Yuran Selenggara, Mengaku Alihkan Palang ‘Gate’ Dengan…”

Mengikut pertuduhan, perbuatan tersebut dilakukan di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara dengan nilai kerugian dianggar RM600 pada jam 11.30 pagi, 16 April lalu.

Pengacara itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

Written by: Salma