
PETALING JAYA: Dua hari selepas “menasihati” Perdana Menteri mengenai pengurusan banjir, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, menjadikan Ketua Umno Selangor, Noh Omar, dan Menteri Besar Amirudin Shari sasaran terbaharunya.
Saiful berkata, “cukup menjengkelkan” apabila seorang Menteri dan Menteri Besar dari negeri sama bertelagah mengenai siapa yang menjadi Pengerusi MKN negeri.
“Agak-agak, rakyat peduli ke siapa pengerusi? Apa faedah berebut jawatan kalau masalah rakyat masih belum selesai? Cuba ambil contoh daripada sebegitu banyak NGO dan orang awam yang berterusan membantu rakyat,” katanya.
Selasa lepas, Amirudin memaklumkan beliau akan mempengerusikan MKN Selangor. Susulan itu, Noh yang dikatakan Pengerusi MKN sejak November, dikritik orang ramai kerana dilihat…