

Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau berhak ada perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan, menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan kepadanya berhubung hasratnya bertanding pada PRU akan datang bukan sebagai calon PKR.
Dalam suratnya kepada Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh bertarikh hari ini, Rafizi berkata, kenyataan yang dibuat ketika temu ramah bersama Sin Chew Daily, seperti yang dirujuk di dalam surat tunjuk sebab itu, ‘mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik’.
Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini diberikan masa hingga tengah malam ini untuk menjawab surat tersebut, yang mendakwa beliau menyatakan hasrat keluar parti.
Dalam temu ramah tersebut, beliau…