Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Selepas Speechless Tonton Teater Muzikal Broadway… Nabila Huda Simpan Hasrat Sertai Uji Bakat Di New York!

today19 May 2023

Background

Pelakon berkaliber, Nabila Huda meluahkan hasrat untuk menyertai saringan uji bakat teater muzikal ketika berada di negara terkemuka New York, Amerika Syarikat.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkongsi harapannya itu menerusi sebuah ciapan di Twitter miliknya meraih perhatian serta sokongan ramai daripada pengikutnya.

Menurut anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu, dia memaklumkan hatinya terdetik untuk menyertai uji bakat setelah terkesima menonton teater muzikal terkenal negara tersebut iaitu Broadway New York.

“Dah 2 minggu kat New York City (NYC) tapi before this mood macam tak sampai. Dia macam hmmm boring lah sini. But i found my happiness already.

“Gonna watch broadway as much as i can! Power gila weh! Macam nak cari tempat yang boleh pergi casting. Just to experience the process. I should right?,” katanya.

Berdasarkan ciapan lain, Abil tidak menafikan umurnya sudah lanjut untuk menyertai uji bakat namun aktres filem Mama ini akan mencari uji bakat terbuka atas sokongan ramai dan rakan selebriti seperti, penyampai radio, Fara Fauzana.

“I know it’s too late already! Ye lah umur pun dah sendu..Tapi kalau ada peluang pergi casting, why not!! I’ll ask around..,” ujarnya lagi.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

JDT mudah ratah Kuching City

Kuala Lumpur: Tiada kejutan dapat disaksikan apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) mengutip 'markah penuh' menerusi kemenangan ke-11 berturut-turut dalam Liga Super selepas membenam Kuching City FC 4-0 di Stadium Negeri, sebentar tadi.

today19 May 2023