Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Selesa Pakai Baju Baggy di Gimnasium, Bukan Nak Tunjuk Alim” – Nad Zainal

today14 September 2022

Background

Pelakon Nad Zainal baru-baru ini ada berkongsi mengenai rutin hariannya apabila beliau dilihat meluangkan masa berada di gim.

Menurut Nad Zainal, 30, dia lebih selesa mengenakan pakaian besar ketika melakukan aktiviti tersebut.

Namun, itu bukanlah bermaksud beliau mahu menunjuk alim kerana memaklumkan mengenai perkara terbabit.

Perkara itu dikongsi Nad menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya.

“Saya kalau ke gym memang selalu pakai baju besar-besar. Terpulang selera masing-masing bukan nak tunjuk alim tapi saya selesa,” tulisnya.

Terdahulu, Nad enggan mengulas lanjut mengenai isu perceraiannya apabila ada sesetengah pihak mendakwa punca keretakan rumah tangga aktres itu adalah disebabkan kehadiran orang ketiga.

 

Sumber: Gempak/ IG Story Nad Zainal

Written by: Aqilah


Previous post