
GUA MUSANG: Beberapa penduduk Felda Perasu dari generasi kedua peneroka yang berdepan isu tanah bagi penempatan serta bekalan elektrik yang berkaitan menghargai respons segera Felda.
Semalam, Pengerusi Ahmad Shabery Cheek berkata Felda sedang membincangkan penyusunan tanah di Perasu untuk diagihkan kepada generasi kedua, yang akan memutihkan penempatan tak sah sekaligus membolehkan bekalan elektrik.
Mesyuarat berhubung perkara itu diadakan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan, semalam.
“Saya harap dengan respons itu isu ini dapat diselesai dengan cara baik dengan situasi menang-menang,” kata Marlida Mat Dan kepada FMT, yang melaporkan kisahnya sebelum ini.
Marlida, seorang bekas guru, merayu supaya dibenarkan menyambung bekalan elektrik ke rumahnya di Felda Perasu, yang didiami sejak lebih…