Reghu P V Bhaskaran, 63, mengaku salah menggunakan dua invois RM25,000 dan baucar bayaran RM5,000 yang diketahui palsu.

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), dua tahun lalu.
Hakim Azura Alwi menjatuhi hukuman itu terhadap Reghu P V Bhaskaran, 63, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan pilihan itu pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk perbicaraan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 21 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Reghu mengaku bersalah menggunakan dua invois berjumlah RM25,000 dan satu baucar bayaran berjumlah RM5,000 yang mana dia mengetahui semua dokumen berkenaan adalah palsu.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Unit Mitra,…