
PETALING JAYA: Pengerusi Pertubuhan Integrasi Nasional (PIN) dan bekas Setiausaha PIN mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) bernilai RM133,120.
Tertuduh, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad, 40, dan V Kunasekaran, 57, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.
Weshal mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 16 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan mohon dibicarakan.
Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin tempatan dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Kunasekaran juga mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen…