Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Seleweng dana pelaburan: SPRM sita aset, kenderaan mewah RM9.7 juta

today25 January 2026

Background


macc sprm
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sahkan individu bergelar Tan Sri telah dibebaskan hari ini.
PETALING JAYA:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset dan kenderaan mewah, keseluruhannya berjumlah RM9.7 dalam siasatan kes penyelewengan dana pelaburan berjumlah RM300 juta membabitkan individu bergelar ‘Tan Sri’.

Sumber memaklumkan sitaan itu membabitkan enam rumah bernilai RM6.54 juta, satu lot tanah (RM1.8 juta) dan dua kenderaan mewah (RM1.35 juta).

“Sebanyak 14 akaun bank turut disita, namun nilai amaun masih dalam proses pengesahan bank,” katanya.

Sumber itu berkata individu yang bergelar Tan Sri itu yang direman sejak Khamis lalu dibebaskan hari ini.

Turut dibebaskan semalam, seorang wanita bergelar Datuk yang direman lima hari.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan maklumat itu dan turut memaklumkan sehingga kini, seramai 10 orang saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan.

Menurutnya, SPRM giat mengesan saksi-saksi lain bagi membantu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post