Hot FM

Selidik agensi pengambilan pekerja Bangladesh, gesa Santiago



Kerajaan telah menandatangani MoU dengan Bangladesh, membenarkan 25 ejen dan sub ejen mereka mendapatkan pekerja untuk Malaysia. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa kerajaan untuk menyelidik lebih mendalam 25 ejen dan 250 sub ejen mereka yang ditugaskan membawa pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Sementara Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata keputusan membenarkan 275 syarikat ini mengambil pekerja membuktikan bahawa tidak wujud monopoli, Santiago berkata, penting bagi agensi itu diteliti untuk meminimumkan risiko buruh paksa.

Dalam wawancara dengan satu portal berita, Saravanan berkata, beliau “tidak mengenali mana-mana syarikat ini” kerana senarai ejen dan sub ejen disediakan oleh Bangladesh.

Namun kata Santiago, “banyak syarikat ini memiliki pengarah yang saling berkait dan kita tidak tahu sebenarnya siapa pemiliknya.

Charles Santiago.

“Mereka kata 25 (ejen) tetapi sebenarnya, ia mungkin hanya dua atau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version