Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selisih faham ‘isu cinta’, polis terima 2 laporan kejadian kecoh depan hospital di Perak

today20 February 2022

Background



Tangkap layar video tular menunjukkan kekecohan yang berlaku di perkarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

IPOH: Polis menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Buntong di sini yang kedua-duanya mempunyai kaitan, sehingga tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes pertama adalah mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam di satu kawasan di Buntong sehingga menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HRPB.

“Punca kejadian disyaki perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata kes kedua diterima pada pukul 12.20 tengah malam kelmarin di HRPB melibatkan sekumpulan lelaki yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post