Namun begitu, beberapa artis dan pempengaruh dilihat memberikan respon terhadap isu Blockout 2024 Movement ini antaranya Daiyan Trisha, Mira Filzah, Nadhir Nasar dan Dahlia Rizal.
Mereka telah pun menjelaskan situasi masing-masing dan meminta maaf kepada orang ramai sekiranya tindakan mereka mengguris hati banyak pihak atau dianggap tidak cakna dengan isu Palestin.
Terbaru, tular pula di laman aplikasi X mengenai usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin yang dikatakan menunggang isu Palestin gara-gara dia memuat naik video make up di akaun Instagramnya.
Menerusi video tersebut, Anas dilihat mengenakan SFX make up yang menunjukkan darah di muka dan diselangi dengan beberapa klip suasana peperangan di Palestin.
Walaupun niat Anas pada awalnya ingin menunjukkan solidariti, tetapi tindakannya itu membuatkan ramai yang tidak setuju dan merasakan konteks dalam video berkenaan sukar untuk difahami dengan jelas.
Malah, ada juga yang berkata tindakan pempengaruh itu seakan…