M Bhanu Priya yang menghadapi tuduhan mengikut Sosma, dibenarkan jaminan RM15,000 selain diarah menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan.

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah yang didakwa bersama suaminya kerana menyeludup seorang kanak-kanak Sri Lanka ke negara ini, tiga bulan lalu, dibebaskan dengan jaminan sementara perbicaraannya diselesaikan.
Hakim Azahar Abdul Hamid membenarkan M Bhanu Priya, 28, diikat jamin RM15,000 selain mensyaratkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Beliau turut memerintahkannya melaporkan diri kepada pegawai penyiasat jabatan imigresen setiap dua minggu sehingga perbicaraan kesnya diselesaikan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Suriati Mohamad tidak membantah jaminan, tetapi sebelum itu memohon mahkamah mengenakan jumlah RM50,000.
Bhanu dan suaminya J Raju, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyeludup masuk Pavisen Jaya Sangar ke negara ini di kaunter pasport imigresen,…