
Raja Permaisuri Agong menggesa rakyat mensyukuri nikmat perpaduan dan keamanan, sambil menukilkan penghargaan kepada empat individu berketurunan India yang menjaga keluarganya.
Raja Zarith Sofiah menulis di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa beliau dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai ramai sahabat dari pelbagai bangsa.
Nukilan tersebut ditulis pada 2018 susulan rusuhan yang berlaku di satu tapak kuil di Subang Jaya. Ia merakamkan kesedihan Raja Zarith Sofiah dan keluarga atas peristiwa itu.
“Tetapi, buat masa ini, kerana berlakunya ketegangan melibatkan kaum India di Malaysia, saya mencoret naskah pendek ini untuk menunjukkan bagaimana kami sekeluarga menghargai perkhidmatan, persahabatan dan kesetiaan keempat-empat orang ini. Ribuan terima kasih dari keluarga saya kepada mereka,” katanya.
Empat individu itu adalah…