

Ketua DAP Sabah Phoong Jin Zhe menyeru kerajaan menyemak semula kuota bulanan BUDI Diesel untuk negeri itu, sambil menyifatkan 200 liter tidak mencukupi bagi kebanyakan isi rumah.
Senada dengan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen di Sarawak, Phoong berkata faktor geografi, corak petempatan, dan keperluan perjalanan di Sabah amat berbeza berbanding di Semenanjung, dan perkara tersebut mestilah digarap dalam penggubalan dasar.
“Di Kuala Lumpur, Selangor atau Pulau Pinang, 200 liter diesel sebulan mungkin cukup untuk satu isi rumah biasa.
“Namun, di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar, banyak keluarga guna jauh lebih banyak daripada jumlah itu,” katanya dalam kenyataan.

Phoong turut membangkitkan kebimbangan sistem…