Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Semakin Ikhlas Semakin Tenang” – Seakan Reda Dimadukan Marissa Dania, Status Isteri Pertama Aslam Dapat Tumpuan

today13 February 2024

Background

Baru-baru ini, nama anak pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi, Marissa Dania Hakim menjadi sebutan ramai setelah timbul dakwaan menjadi isteri kedua kepada jejaka dikenali sebagai Aslam.

Mereka mendirikan rumah tangga di majlis yang berlangsung pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand itu tidak mendapat restu kedua ibu bapanya, Norman dan Abby, serta tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.

Berita perkahwinan tersebut disahkan oleh Umisya, Nadiah Mazlan yang menjelaskan mereka bernikah ketika isteri pertama Aslam mengerjakan ibadab Umrah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umisya atau lebih mesra disapa Misya seakan reda mempunyai madu.

“Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah, sesulit apapun. keadaanmu.

“Ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci,” katanya.

Sementara itu, Misya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikannya kata-kata semangat untuk menghadapi ujian rumah tangganya.

“Terima kasih untuk doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah,” ujarnya lagi.

Pada September lalu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam sehingga bercerai bersama Misya.

Bagaimanapun, Misya dan Aslam kembali rujuk ketika masih dalam edah.

Susulan itu, Marissa dan Aslam menjalin semla hubungan cinta selepas kontroversi berkenaan mereka mula reda.

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Misya Kongsi Perkembangan Terkini Adik, Siap Muat Naik Ceramah UAI Berkaitan Isu Kahwin Lari Di Thailand

Artikel Berkaitan: “Mata Orang Tidak Akan Pernah Lelah Menilai Kekuranganmu” – Abby Abadi

Written by: Aqilah


Previous post