Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Semakin Mesra… Ramai Cair Lihat Meerqeen & Qasrina Karim

today8 May 2025

Background

Aksi mesra antara pelakon popular, Meerqeen dan aktres meningkat naik, Qasrina Karim, menarik perhatian warga maya selepas tularnya satu rakaman siaran langsung mereka di TikTok baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, dilihat beberapa kali memuji kecantikan Qasrina tanpa berselindung, sekali gus mencuri perhatian peminat yang menonton sesi itu.

Lebih mencuit hati, kedua-dua pelakon itu kelihatan begitu serasi dan selesa antara satu sama lain apabila saling memanggil dengan gelaran manja sepanjang siaran langsung berlangsung.

Reaksi spontan mereka turut mengundang pelbagai komen positif daripada warganet yang rata-ratanya tersenyum melihat keakraban dua bintang muda itu.

“Comelnya tengok mereka berdua, macam betul-betul couple,” tulis seorang pengguna TikTok.

Tidak kurang juga yang mula ‘shipping’ pasangan ini dan berharap agar kemesraan yang terjalin bukan sekadar gimik promosi sempena drama lakonan mereka yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Malah, peminat sudah pun memberikan ‘restu awal’ andai benar mereka berjodohan.

@lensa.cahaya

got me kicking & giggling while editing this video tahu takk?!! AAAA BLUSHING TERUKSS 😭 #foryoupage #thariqridzuwancommandohistreasure #thariqridzuwan #husniyaradwa #fyp #meerqeen #qasrinakarim

♬ Sempurna – 𝘿𝙞𝙢𝙚𝙣𝙨𝙞𝙑𝙞𝙗𝙚𝙨🎧

Written by: Aqilah


Previous post