Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Semalam Ada Orang Datang Meminang Saya” – Ustaz Wadi Annuar

today20 September 2024

Background

Penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar mengaku pernah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009 selepas menamatkan pengajiannya.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang tular di TikTok, Ustaz Wadi atau nama penuhnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub, 41, menjelaskan dia pernah mendirikan rumah tangga, namun perkahwinan tersebut tidak bertahan lama.

Malah, hasil perkongsian hidup, dia dan bekas isterinya tidak dikurniakan dengan kehadiran zuriat.

“Sebenarnya saya sudah berkahwin dahulu sewaktu balik sekitarr tahun 2008, lebih kurang tahun 2009 saya berkahwin.

“Kemudian beberapa tahun bahtera perkahwinan itu tidak lama. Daripada situ, saya kekal membujang sehingga ke hari ini,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ustaz Wadi menerusi sesi podcast ‘Apa Cerita?’ yang dikendalikan anak kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid.

Mengulas lanjut, Ustaz Wadi mengaku masih mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga bagaimanapun setakat ini hatinya masih belum terbuka.

“Semestinya saya mahu berkahwin sebab saya juga ada perasaan.

“Waktu di sekolah menengah dulu pun saya ada jatuh hati dekat orang, dekat universiti pun saya ada luahkan hasrat untuk menjadikan seorang wanita ini isteri tapi waktu itu belum sampai masanya lagi,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Ustaz Wadi mendedahkan bahawa dia pernah di risik untuk dijadikan suami.

“Hari ini hari Ahad, semalam (Sabtu) ada orang datang meminang saya.Tetapi saya belum terbuka hati (berumah tangga),” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terkejut dengan pendedahan mengenai status perkahwinan pendakwah tersohor itu.

Bahkan, rata-rata mereka turut menitipkan doa agar Ustaz Wadi dipertemukan dengan jodoh yang baik dan sekufu dengannya.

 

Written by: Salma


Previous post