Hot FM

“Semalam” Taruhan Terbaru Aina Abdul

Selepas mencipta magis menerusi lagu Sumpah, finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) Aina Abdul kini mempertaruhkan single terbarunya berjudul Semalam.

Melalui akaun Instagram, penyanyi berusia 27 tahun itu ada berkongsi cerita disebalik lagu Semalam yang merupakan hasil ciptaannya sendiri.

Dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac lalu, lirik video Semalam telah berjaya meraih 100,000 jumlah tontonan di laman Youtube hanya dalam masa sehari.

Perkara iu didedahkan oleh Aina sendiri menerusi laman Instagram miliknya.

Mampukah Semalam bertanding di pentas AJL35 tahun hadapan? Sama-sama kita nantikan.

All the best, Aina!

Exit mobile version