Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sembunyi tiket demi halang adik pulang Pakistan, abang maut ditikam

today3 January 2023

Background



Polis berkata, suspek bertindak di luar kawalan dengan memukul dan menikam abangnya sehingga parah. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Seorang warga Pakistan maut ditikam pada Sabtu lalu kerana menyembunyikan tiket penerbangan untuk menghalang adiknya pulang ke negara asal.

Dalam kejadian 9.57 malam di Taman Desa Meranti, Sungai Petani itu, mangsa berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Mukhtiar cedera akibat ditikam di paha dan terdapat kesan lebam di badan.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, tetapi disahkan meninggal dunia pada 10.37 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Zaidy Che Hassan berkata, dua beradik itu bertengkar selepas Mukhtiar menyembunyikan tiket penerbangan dan melarang adiknya yang berusia 34 tahun pulang ke Pakistan untuk bertemu keluarga.

“Suspek yang berang bertindak di luar kawalan dengan memukul dan menikam abangnya sehingga parah,” katanya menurut laporan Utusan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post