

Hannah Yeoh daripada DAP berkata “duduk semeja” dengan seorang naib presiden Umno membantunya menyelesaikan masalah berkaitan Wilayah Persekutuan, antaranya pengendalian bazar Ramadan dan pembangunan Kampung Baru.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata beliau banyak mendapatkan pandangan Johari Ghani dalam pelbagai perkara.
Daripada pengalaman Ahli Parlimen Titiwangsa itu, Yeoh belajar bahawa mendengar pandangan yang berbeza sering menghasilkan keputusan yang lebih baik untuk rakyat.
“Akhirnya, rakyat tidak menilai sejauh mana kita berbeza. Rakyat menilai sama ada kita mampu bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah mereka dan semuanya bermula dengan kesediaan untuk duduk semeja,” katanya di Facebook.
Yeoh menambah kekuatan sebenar seorang pemimpin ialah keupayaan bekerja dengan mereka yang berbeza, demi kepentingan rakyat, dan…