Hot FM

Seminggu ditahan, keluarga ‘Abang Bas’ bayar ikat jamin RM40,000


mahkamah muar
Minggu lalu, ‘Abang Bas’ berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Muar termasuk amang seksual terhadap kanak-kanak. (Gambar fail)

PETALING JAYA: ‘Abang Bas’ yang dituduh melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak ‘bebas sementara’ selepas bayaran ikat jamin RM40,000 dilunas hari ini, selepas lebih seminggu ditahan di Pusat Koreksional Muar.

Keseluruhan jumlah ikat jamin dikenakan itu membabitkan tiga pertuduhan antaranya mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017, Seksyen 15 (a) (iii) akta sama, dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Selasa lalu, Mahkamah Sesyen Muar membenarkan ‘Abang Bas’ diikat jamin RM30,000 terhadap dua pertuduhan, manakala Mahkamah Sesyen Batu Pahat memberikan ikat jamin RM10,000 untuk satu pertuduhan.

Bagaimanapun, keluarga kepada anak bongsu daripada enam beradik itu tidak mampu membayar keseluruhan ikat jamin dikenakan, menyebabkan ahli keluarga merayu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version