
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, berharap pertemuan beliau dan perdana menteri serta para menteri persekutuan hari ini menjadi sebab untuk memulakan lembaran baharu.
Beliau dilapor menzahirkan harapan itu dalam konteks hubungan sesama manusia (hablum minannas).
“Sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri kita masing-masing,” katanya lapor Bernama, dalam ucapan di hadapan Anwar Ibrahim, sempena majlis Aidilfitri di Jitra, Kedah.
“Semoga pertemuan dalam bulan Syawal yang mulia ini akan menjadi asbab untuk kita mulakan lembaran baharu serta sama-sama melangkah dengan hati yang bersih, ikhlas dan bertanggungjawab.”
Sanusi yang juga pemimpin penting PAS berkata kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik. Katanya lagi, segala perkara yang bersifat politik…