
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak semua umat Islam untuk terus mempertahankan jalinan hubungan baik sesama masyarakat berlainan kaum dan agama di negara ini.
Anwar berkata tanpa sikap hormat-menghormati, ihsan dan kasih sayang antara satu sama lain, negara tidak akan dapat menjamin kestabilan serta keamanan yang diharapkan.
“Bersempena Ramadan dan kedatangan Aidilfitri ini, marilah kita terus menekankan kepentingan mengangkat martabat insan, karamah insaniah sebagai makhluk yang luhur dan merdeka.
“Mudah-mudahan, Aidilfitri kali ini disambut dengan kesedaran sedemikian, mengangkat martabat kita sebagai manusia yang lebih berwibawa, berakhlak mulia dan menjalankan tugas dengan penuh amanah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Aidilfitri 2025 Perdana Menteri…