Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sempena Hari Guru, Hafiz Mahamad Hadiahkan Tiket Ke Umrah Tanda Hargai Jasa Cikgunya!

today16 May 2023

Background

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan netizen apabila dia memberi tiket umrah kepada gurunya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagramnya, Hafiz memberi kejutan kepada cikgunya yang dikenali sebagai Cikgu Linda asbab mangajarnya dengan penuh kesabaran pada zaman persekolahan dahulu.

Dan, sebagai tanda penghargaan Hafiz telah menghadiahkan tiket penerbangan bagi mengerjakan Umrah pada hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.

“Cikgu saya ni tak tahu saya nak hadiahkan ini. Di sini ada suprise dan hari ini saya rasa saya bertanggunggjawab untuk beri balik apa saya ada, apa pencapaian saya kepada guru saya balik.

“Hujung tahun ni, atau awal tahun depan, saya nak bawa Cikgu Linda ke bumi Allah untuk menunaikan Umrah,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Kata Hafiz, sebelum ini gurunya itu ada memintanya untuk datang ke sekolah bagi memberi kata-kata motivasi untuk pelajar namun terpaksa ditolak disebabkan dia merasakan dirinya tidak layak untuk memberi kata-kata semangat atau motivasi kerana menganggap guru yang memberi ilmu adalah pendidik yang sebenar.

“Minggu lepas, cikgu sekolah whatsapp saya. Rindu sangat rasa dekat cikgu dan sekolah. SelepasSPM, harini baru saya datang ke sekolah ini.

“Cikgu minta saya sampaikan kata-kata motivasi untuk pelajar. Saya kata, maaf saya tak boleh. Harini saya datang bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya tidak layak. Cikgulah pendidik sebenar pada kami.

“Saya datang hanya untuk beri contoh supaya suatu hari nanti mereka mengikuti untuk menghargai pemberi ilmu yang ada. Cikgu, siapa dan apa pun kami selepas sekolah, yang baik itu semuanya datang dari didikan cikgu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Pahang Rangers tetap di hati Gonzalez

Kuala Lumpur: Penampilan ketika menentang KPT Mustang dalam aksi ketujuh Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023 pada Ahad lalu, menjadi penampilan terakhir pemain import Matheus Gonzalez dalam jersi Pahang Rangers.

today16 May 2023