Sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang ke-77 dua penyanyi popular kelahiran Negeri Sembilan iaitu Suki Low dan Muzammil Alias atau Waris dikurniakan anugerah kebesaran.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh kedua-dua artis tersebut menerusi hantaran di Instagram mereka.
Menurut Suki Low, 35, kurniaan tersebut diterima dengan amanah dan akan dipelihara sebaik-baiknya.
“Patik menjunjung kasih Tuanku, Tunku Ampuan Besar dan kerabat diraja Negeri Sembilan yang memberi kepercayaan, sokongan dan kurniaan ini kepada patik sempena Hari Keputeraan Ke-77 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
“Kurniaan ini patik terima dengan amanah dan akan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar. Daulat Tuanku.
“To my husband @iamjeremychong, terima kasih kerana sentiasa mendukung dan merestui kerjaya kita. I am humbled and blessed,” kongsinya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Waris yang popular dengan lagu ‘Rembau Most Wanted’ dan ‘Gadis Jolobu’ itu pula turut mendedikasikan anugerah yang diterimanya itu kepada peminatnya.
“Untuk rakyat Negeri Sembilan, terima kasih menginspirasi. Terima kasih isteri, tulang rusuk saya.
“Dan seluruh keluarga Diraja Negeri Sembilan khususnya Tuanku Mukhriz dan Tunku Zain yang sentiasa menyokong perjalanan muzik saya,” tulisnya pada hantaran terkini di platform sama.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, pada Selasa bagi sesi pertama, manakala sesi kedua pula akan berlangsung pada 20 Januari dan sesi ketiga pada 25 Januari ini.
View this post on Instagram