
KUALA PILAH: Perikatan Nasional (PN) belum ada perancangan untuk mengumumkan calon menteri besarnya di Negeri Sembilan setakat ini.
Bercakap pada sidang media selepas ceramah di Juasseh, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata, gabungan itu percaya semua calonnya layak menerajui kerajaan negeri sekiranya menang kerusi DUN.
“Calon-calon kita bukan sahaja layak jadi Adun, mereka juga layak memimpin Negeri Sembilan.”
“Tak perlu namakan sesiapa (sebagai calon menteri besar),” katanya.
Bagaimanapun, beliau mendedahkan bahawa gabungan itu sedang membincangkan pilihan mereka untuk menteri besar sekiranya PN memenangi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri seterusnya.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengumumkan Aminuddin Harun akan mengekalkan jawatan menteri besar di Negeri Sembilan jika PH-Barisan Nasional (BN) menang pada PRN Sabtu depan.
Sementara itu,…