Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah berkata kelulusan semua resolusi terbabit merupakan pengesahan bermakna terhadap strategi dan visi jangka panjang syarikat.
“Kami amat berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pemegang saham, terutamanya kerana ini merupakan AGM pertama kami sejak kejayaan penyenaraian pada 2024.
“Kelulusan semua resolusi merupakan pengesahan bermakna terhadap strategi dan visi jangka panjang kami,” katanya
Tambahnya, penyelarasan waktu operasi semua premis di seluruh negara mulai 1 Julai 2025 yang bermula pada jam 9 pagi adalah tanda mereka kekal setia pada komitmen syarikat untuk memberikan kemudahan dan nilai kepada pelanggan,
“Inisiatif ini mencerminkan dedikasi kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sambil mengukuhkan kedudukan kepimpinan dalam bidang pasar mini runcit.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan kehadiran di seluruh negara, memperkasakan rangkaian…