
PETALING JAYA: Seorang peguam menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh bekas anak guamnya Sirul Azhar Umar di Australia dalam satu temuramah dengan sebuah stesen televisyen antarabangsa.
Hasnal Rezua Merican berkata ini termasuk tuduhan beliau membayar Sirul RM1 juta.
“Semua tuduhan yang dibuat Sirul adalah tidak benar. Sebagai peguamnya saya melawat Sirul tujuh atau enam kali ketika dia ditahan di Australia. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya berjumpa dengannya, mungkin pada 2017 atau 2018.
“Masih terlalu awal mengambil sebarang tindakan kerana tuduhan itu dibuat dan tersebar di Australia,” kata Hasnal Rezua Merican menerusi WhatsApp kepada FMT.
Dalam wawancara eksklusif bersama Aljazeera English 101 East, yang disiarkan pada pagi tadi, Sirul merayu untuk meneruskan hidup di Australia dan turut memohon kemaafan kepada keluarga warga Mongolia, Altantuya…