
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan urusetia atau sukarelawan di pusat perlindungan, termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) menjalankan ujian kendiri air liur RTK Ag kepada setiap individu dan mengasingkan kes positif Covid-19 secepat mungkin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pejabat Kesihatan Daerah juga perlu dimaklumkan dengan menghubungi talian “hotline” yang disediakan supaya langkah pengesanan kontak rapat dapat dijalankan segera.
“KKM faham sekiranya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam tidak dapat dipatuhi sepenuhnya sewaktu menyelamatkan nyawa, tetapi berharap semua individu sama ada mangsa banjir, sukarelawan atau anggota penyelamat dapat mematuhi SOP sebaik mungkin bagi mengurangkan risiko penularan…