
SUNGAI SIPUT: Kerajaan negeri meminta agensi terlibat termasuk penduduk sekitar Hilir Perak berwaspada bagi menghadapi fenomena air termenung, disebabkan berlakunya situasi air pasang besar di daerah berkenaan bermula hari ini hingga 21 Okt depan.
Menteri Besar Saarani Mohamad berkata ia perlu ditangani dengan sewajarnya kerana situasi itu boleh mengakibatkan sebahagian mangsa banjir di daerah itu perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan sementara.
“Apabila Empangan Chenderoh melepaskan air ke bawah, tetapi pada waktu yang sama berlaku air pasang besar di laut (Hilir Perak), bermakna air dari empangan itu tidak akan ke laut dan akan mengakibatkan situasi air termenung.
“Oleh itu, kita harap semua pihak terutama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan masyarakat supaya beringat kerana kesiapsiagaan perlu dilakukan setiap masa,” katanya kepada…