Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu sedang berlangsung majlis akad nikah yang tidak diketahui lokasinya.
Namun, sedang asyik tok kadi memberi penerangan kepada pengantin lelaki, tiba-tiba terdengar suara seorang budak perempuan yang menangis.
Rupa-rupanya difahamkan kepala budak perempuan itu tersangkut di celah-celah tiang membuatkan dia menangis kesakitan. Mujur saja tidak berlaku apa-apa serius.