Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Semua parti politik sudah hilang kedudukan moral tinggi, kata NGO

today9 May 2026

Background


prn prk pilihanraya
Peralihan daripada politik ‘hitam putih’ mungkin sukar diterima pada mulanya namun akhirnya memberi manfaat kepada pengundi, kata Projek Sama.
PETALING JAYA:

Semua parti politik utama di Malaysia sudah hilang kedudukan moral lebih tinggi yang dibangga-banggakan berbanding seteru politik mereka, kerana masing-masing pernah bekerjasama antara satu sama lain sebelum ini, menurut sebuah kumpulan masyarakat sivil.

Projek Sama mengingatkan bahawa semua parti di dalam gabungan besar, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PB), sama ada sedang bersekutu sekarang atau pernah bersekutu pada masa lalu.

“Keadaan ini menghapuskan mana-mana kedudukan moral tertinggi mana-mana parti yang mendakwa parti lain mempunyai sekutu yang korup atau tidak layak,” menurutnya dalam kenyataan.

Justeru, Projek Sama berkata, parti-parti ini harus berhenti berikrar untuk tidak bekerjasama dengan parti tertentu, memandangkan mereka mungkin akan bertindak memungkirinya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Indonesia angkat Dharma Raj jurulatih terbaik

Kuala Lumpur: Bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki dan wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah terus mencipta nama di pentas antarabangsa apabila dinobatkan selaku Jurulatih Terbaik Indonesia dalam satu majlis The Game Changer Award anjuran Jawatankuasa Olimpik Indonesia, hari ini.

today9 May 2026