
Semua parti politik utama di Malaysia sudah hilang kedudukan moral lebih tinggi yang dibangga-banggakan berbanding seteru politik mereka, kerana masing-masing pernah bekerjasama antara satu sama lain sebelum ini, menurut sebuah kumpulan masyarakat sivil.
Projek Sama mengingatkan bahawa semua parti di dalam gabungan besar, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PB), sama ada sedang bersekutu sekarang atau pernah bersekutu pada masa lalu.
“Keadaan ini menghapuskan mana-mana kedudukan moral tertinggi mana-mana parti yang mendakwa parti lain mempunyai sekutu yang korup atau tidak layak,” menurutnya dalam kenyataan.
Justeru, Projek Sama berkata, parti-parti ini harus berhenti berikrar untuk tidak bekerjasama dengan parti tertentu, memandangkan mereka mungkin akan bertindak memungkirinya…