Hot FM

Semua permintaan diambil kira sebelum tangguh pindaan Akta Kerja, kata Saravanan



Jumaat lepas, M Saravanan mengumumkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

KUALA LUMPUR: Keputusan penangguhan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 dibuat selepas penilaian yang mengambil kira permintaan semua pihak secara seimbang, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Menjawab dakwaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa mereka tidak dibawa berbincang dalam membuat keputusan itu, beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan kesatuan itu dan memaklumkan bahawa keputusan dibuat atas permintaan majikan.

“Kami nilai ikut semua permintaan. Memang MTUC minta saya segerakan penguatkuasaan pindaan waktu bekerja.

“Namun, saya perlu nilai dari semua aspek, perlu dengar semua pendapat, baru boleh nilai,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-23 (COSH) 2022 di Pusat Konvensyen KL.

Beliau berkata, dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version