
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memberi jaminan semua projek pengangkutan di bawah kerajaan tidak akan dibatalkan.
Sebaliknya kata Loke, hanya projek yang belum dianugerahkan akan ditender semula.
“Semua projek tidak akan dibatalkan tetapi akan melalui proses tender semula,” katanya dalam satu sidang media.
Pada Selasa lalu, Loke berkata lima projek pengangkutan berjumlah hampir RM650 bilion yang dianugerahkan menerusi rundingan terus sebelum ini akan disemak semula oleh Kementerian Pengangkutan.
Katanya, projek itu sudah diluluskan tetapi surat setuju terima belum dikeluarkan.
Projek itu kini akan dilaksanakan melalui tender terbuka atau terhad, katanya.
“Pelaksanaan perolehan secara tender ini juga adalah selaras dengan komitmen kerajaan…