

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi seharusnya ‘melihat diri Umno dalam cermin’ apabila MIC mengadu tentang ditipu dan dibuli, kata pemimpin PAS.
Bendahari Agung Iskandar Abdul Samad berkata presiden MIC bercakap tentang jawatan menteri yang dijanjikan tetapi tidak diberikan.
“Kita semua tahu siapa pembuli dalam politik,” katanya kepada FMT.
Iskandar merujuk kepada wawancara Timbalan Presiden M Saravanan dalam laporan Utusan Malaysia Julai tahun lalu, mendakwa parti itu dijanjikan jawatan menteri sebelum pembentukan kerajaan.
Beliau menjawab pesanan Puad kepada MIC supaya tidak dibuli PAS sekiranya menyertai Perikatan Nasional (PN).
Semalam, Saravanan berkata MIC akan kekal dalam Barisan Nasional buat masa ini.
Tambahnya, MIC tidak menolak PN secara mutlak, menyatakan perbincangan sebelum ini…