Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Semuanya Hanyalah Pinjaman’ – Respon Adi Putra Selepas Didakwa Miliki Kekayaan Bernilai RM21.9 Juta

today3 June 2022

Background

Baru-baru ini menjadi buah mulut ramai apabila ada portal yang mendakwa pelakon terkenal, Datuk Adi Putra memiliki kekayaan sebanyak AS$5 juta (~RM21.9 juta).

Mengulas lanjut akan dakwaan tersebut dalam sebuah laporan, Adi Putra mengatakan angka yang didedahkan itu tidak penting kerana ia hanyalah pinjaman daripada Yang Maha Esa.

https://www.instagram.com/p/CcnOYAyuyq5/

Tambahnya, apa yang lebih penting adalah hala tuju kita sebagai manusia dan hamba-Nya. Malah, Adi juga meminta agar tidak menggelarkannya jutawan dan mengakui lebih selesa bergerak di belakang tabir.

“Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial, itu hak mereka. Bagi saya, saya lebih suka di belakang sebab banyak lagi urusan yang harus saya ceburi. Lakonan masih ada dan kalau berhenti, mereka rindu,” katanya.

Bukan itu sahaja, Adi juga berkongsi mengenai perniagaan agensi pelancongan yang ditubuhkannya sejak 2013 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini dengan membawa jemaah umrah dan haji.

Written by: Mimieyuzi


Previous post