Bagi rakyat Malaysia, pasport mereka adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.
Jika kita mahu bercuti ke luar negara, sudah tentu pasport adalah benda yang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Pemegang pasport Malaysia boleh melancong ke pelbagai negara di seluruh dunia, masing-masing dengan keperluan visa yang berbeza.
Namun, tahukah anda terdapat sebanyak 182 destinasi pelancongan bebas visa untuk pemegang pasport Malaysia.
Dalam artikel ini kami akan berkongsi maklumat yang diambil daripada Visa Index tentang destinasi yang boleh dilawati oleh warganegara Malaysia tanpa visa termasuk senarai negara bebas visa, negara visa semasa ketibaan dan negara Kebenaran Perjalanan Elektronik (eTA).
Selain itu, artikel ini juga menyediakan butiran mengenai destinasi pelancongan yang memerlukan visa terlebih dahulu untuk pemegang pasport Malaysia, termasuk kedua-dua visa elektronik (eVisas) dan visa biasa.