Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, kumpulan pelawak lejen kesayangan ramai iaitu Senario telah dilantik menjadi Wajah Raya 2025 untuk Jakel.
Senario yang dianggotai oleh Saiful Apek, Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, dan Pak Ya yang menyarungkan kemeja dilihat gembira menandatangani kontrak kerjasama dengan Jakel.