Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Senator Bersatu dikhuatiri sekat RUU anti-lompat parti

today8 August 2022

Background



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka bertemu dengan semua senator hari ini untuk memastikan sokongan mereka bagi RUU anti-lompat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketegangan yang semakin meningkat antara Umno dan Bersatu mencetuskan kebimbangan bahawa senator yang dicalonkan oleh Bersatu mungkin menghalang kelulusan rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti di Dewan Negara.

RUU yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas itu akan dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Negara esok.

Sumber memberitahu FMT, wujud kebimbangan bahawa 12 senator Bersatu akan memanfaatkan bilangan mereka untuk menyekat RUU itu demi kepentingan parti.

“Kebimbangan seperti itu diutarakan kepada saya oleh pejabat menteri persekutuan,” kata seorang pemimpin politik yang enggan dinamakan.

“Jika senator-senator ini mencuba langkah itu, (bermaksud) mereka mengutamakan kepentingan parti berbanding negara. Ini (tindakan)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post